Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) telah diberi peruntukan dari Pejabat YB Dato Salbiah binti Mohamed Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak untuk melaksanakan Program Keibubapaan Digital bermula bulan Jun – Oktober 2024 khusus untuk semua ibu bapa di negeri Perak. Program Keibubapaan Digital- Cakna Digital: Ibubapa Bijak, Anak Selamat ini merupakan inisiatif yang menggabungkan teknologi dengan pendekatan keibubapaan untuk membantu ibu bapa dalam aktiviti penjagaan dan pendidikan digital anak-anak mereka. Program seperti ini merangkumi pelbagai ciri dan sumber, seperti aplikasi mudah alih, platform laman web, atau perisian khusus yang direka untuk memberikan sokongan kepada ibu bapa dalam kehidupan anak-anak mereka. Ini termasuk pemantauan penggunaan teknologi digital dalam kalangan anak-anak dan menggalakkan tabiat teknologi yang sihat kepada anak-anak.
Objektif 1
Menerapkan nilai dan etika positif di alam siber
Objektif 2
Meningkatkan pengetahuan Ibu bapa terhadap cabaran digital
Objektif 3
Meningkatkan kemahiran ibubapa dalam memantau penggunaan aplikasi digital dalam kalangan kanak-kanak
Modul Kasih Keibubapaan Digital
Modul Kasih Keibubapaan Digital ini dibangunkan khas oleh pihak Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk ibu bapa mempelajari ilmu serta kemahiran yang dapat membantu meningkatkan kecekapan mereka dalam menguruskan kehidupan digital keluarga secara lebih berkesan.
UNIT 1
Adab dan Etika di Dunia Siber
UNIT 2
Gaya Keibubapaan Digital
UNIT 3
Gaya Keibubapaan Digital
Penceramah/Jurulatih Utama
Dr. Harnani binti Mat Zin
Ketua Projek;
Penyelaras Unit Sistem Data & IT, NCDRC UPSI
Prof Madya Dr. Mazlina binti Che Mustafa
Pengarah,
NCDRC UPSI
Prof Madya Dr. Norazilawati binti Abdullah
Timbalan Pengarah (Penyelidikan Dan Inovasi),
NCDRC UPSI
Dr. Intan Farahana binti Abdul Rani
Penyelaras Penerbitan dan Jaringan Industri Komuniti,
NCDRC UPSI